Sunday, February 26

DIPLOMA INDUSTRIAL DESIGN (part 1)

Assalamualaikum guys!

Ops, terlalu banyak cerita menarik yang ain boleh tuliskan kat entry kalini. Tapi ehem kena lah satu persatu, kalau nak cerita sekali terus memang pengsan lah. Sebab Diploma bukan sekejap, 2 Tahun agak panjang waktu tu. Panjang lagi waktu tu kalau banyak cabaran, rintangan, dugaan, kenangan manis, kenangan pahit ah semua ade. 

Act ada orang yang cadangkan topik entry kalini, so ain okay je nak kongsi semua yang berlaku sepanjang diploma. Hah, mintak sikit ain bagi lebih punya dont worry lah. Hahaha mesti ramai yang tertanya tanya, "eh minah ni takde assignment ke nak buat?" Sorry babe, sekarang semester 2 tahun pertama so memang banyak transfer subject so memang free. Tu je boleh cakap, hehe.

Orientasi seminggu, budak budak diploma gittuw
So mari kita mulakan, ain akan start cerita daripada sem 1, so akan bersambung untuk next entry sem 2 dan berakhir dengan sem 6. Ye makin bertambah sem tu semakin bertambah lah segala onak dan duri. Hahahaha takpe benda tu perkara biasa bagi ain, adat hidup berkawan, adat nego dengan lecterur. Ops, takpe tu semua akan ade pada next next entry. So kalau korang nak tahu lebih banyak kena lah setia kat blog ain ni. Hehehe

Okay first, diploma ni adalah tawaran kedua untuk ain. Ain dapat tawaran kat matrikulasi Pendang, Kedah sebenarnya kos apa eh ELECTRIC AND ELECTRONIC yes for sure. Ain tak tahu kenapa benda ni bukan makanan ain. So buat apa nak struggle untuk benda yang kita tak minat. Family memang 100 percent ikut je apa ain suka dan minat. Takde lah diorang memaksa "kau kena pergi jugak Kedah!!" no no mereka semua bereh lake gittuw.

So ain memang dah siap packing sebenarnya untuk ke matrik tapi still menunggu keputusan UPU harapnya dapat lebih elok bagi diri ain. Hahahaha so lepastu check result guna SMS then menjerit ramai ramai kebetulan masatu family memang tengah berkumpul. Hahaha tapi semua tak tahu UNISZA kat mana babe? So kakak ain google then tahu kat TERENGGANU.


Ain memang gelak kuat, hehehe

So ain terus decide nak ke UNISZA, sebabnya ain takut nak struggle kat matrik. Alkisahnya diploma lagi struggle wey. Tobak ah dok bohong sikik! Maaf bahasa terengganu terkeluar oh gittuw. Duduk negeri orang ni pandai pandai lah membawa diri. Kalau ego/benggis memang tak ramai yang sayang. HAHAHAHA

Okay lepastu ke UNISZA bersama rombongan cik kiah dua biji kereta ke Terengganu, sempat berjalan dulu dgn family wuu detail gila cerita. Lepastu menangis omaigad still teringat lah wajah mak ayah menangis masa nak balik tinggalkan ain sorang kat Terengganu plus memang takde saudara langsung kat Terengganu, so! Struggle kat tempat bersama orang baru lah camtu kisahnya.

Eppa ft Ekin kawan pertama ain masa diploma, rindu

Kat atas korang dah tengok kan? Itu kawan pertama ain dalam UNISZA, sebab asrama pun blok yang sama. So first eppa  memang kawan ain since diploma sampai ke degree, jodoh kuat ah camtu hehe. Tak banyak yang ain boleh ceritakan untuk semester pertama diploma ni, sebab masa agak singkat kitorang ade 7 weeks je tak silap, subjek pun yang teras macam akidah, english macamtu.

Timing short sem pertama ni kena bulan puasa, sebulan barai tak balik rumah pun puasa dengan kawan kawan baru. Kadang kitorang satu rumah a.k.a housemate masak sendiri guna rice cooker. Wey menjadik okay, nasi of course tomyam campur, telur dadar peh kenyang terbarai lepas berbuka. Solat terawih jemaah bace yaasin macam macam kitorang buat untuk  eratkan ukhwah.

Adakah itu tini? cermin mata tuuuuuu omaigaddddd kesian awak!
So Ein orang pertama yang rapat dengan ain selepas roomate ku sendiri, Kinah. Next kema, ain kecik, Enong a.k.a manusia menompang hahahaha sayang awak lah enong! Yana dan syafikah ade lagi lah beberapa yang lain. Mereka memang awesome!!! Rapat sampai sekarang. 

Ain memang tak malu cerita pasal hidup ain sebab semua orang ade cerita masing masing. Baik buruk tu ain simpan ketat ketat dalam memori ain. Ye kalau takde yang dulu memang takkan ade yang sekarang. Kalau nak cerita pasal terasa hati ke tarik muka ke apa, erti persahabatan. Hati ni kan lembut memag susah nak bace lah kisahnya. So persahatan masa diploma memang ye true buat ain jadik sangat matang. Memang lah luaran korang tengok ain ting tong tapi hahaha ain masak dah dengan persahabatan. Alah baik buruk kawan kawan ain, ain sayang sampai bila bila!

Sem 1 pergi kelas jalan kaki UNISZA kecik comel so redah je mana mana sampai punya ke kelas. Dulu siap berpayung pergi kelas konon tak nak hitam, tapi serius ah cakap kat sini panas dia lain macam, terik wey matahari. Tapi bermusim, kalau angin? Ain terbang wey hahahaha kalau hujan sampai banjir. Dont worry bila sampai masa banjir ain akan cerita. Hahahaha.

Gambar ain mesti ade eppa, ye dia kawan pertama dan kawan selamanya. Hahahaha harap dia bace lah uhuk. Next karimah oh sem 1 ain tak ajar karimah selfie lagi hahaha takpe next entry ade punya gambar karimah dont worry. Diorang memang baik dengan ain, sangat! Ain throwback habis ni. Hahahahahaha.

Miss you guys like crazy argh ein dalam hati kami serius.

Kesimpulannya, sem 1 banyak kenangan manis daripada pahit. Pahit cuma ain homesick gila babi sebab tak pernah jauh pun dengan mak ayah. Betul tak tipu dengan keadaan diorang yang tua dan comel ain memang tambah rindu lah jawabnya. Anak bongsu mana je tak manja? Bukan anak bongsu pun manja lebih daripada adik kan? HAHAHA sorry.

Classmate lain? Tak rapat mana tapi still bertegur sapa kalau berjumpa. Hahaha banyak masa ain habis dekat eppa dengan ekin plus karimah tapi karimah selalu habiskan masa dekat kawan sekolah dia. Gituuw!!! Ain memang jadik diri sendiri since hari pertama. Eh tak masa suai kenal dengan senior ain jadik diri sendiri. Yang sangat kuat ketawe dan kepohchi!

Alah ain tahu ramai je tak suka dengan watak ain, tapi wth ah kau ingat aku suka sangat dengan perangai kau? Hahaha emosi pulak, biar orang nak cakap apa kita still kena jadik diri kita. Macam mana nak confident? Buat baik lah dengan semua orang biarpun orang tu tak suka kita. At the end, jadik kawan baik jugak. Tak gittuw!

Alhamdulillah kalau cerita pasal result sem 1, memang best sebab dapat 3.7 Alhamdulillah menjadi kenangan manis untuk ain. So memang semangat untuk next next semester. Alhamdulilah. Alah takyah nak berlagak sangat hahahaha nasib je tu result tinggi sikit. Padahal ramai je yang 3.5 above hehehehe. So ain akan share result ain every semester, hahahahaha teruk wey apa aku belajar pun tak tahu.

So ini serba sedikit tentang sem 1. Ye takde cerita lagi untuk main course ain IDE. Ia akan bermula pada semester 2, semua orang terkejut beghok. Hahaha tulah sebelum masuk IDE taknak google "APA ITU IDE?" Korang kalau nak tahu ehem komen lah kat bawah "pls sambung cerita ain!!!" wuu support member sikit. Korang kalau bagi semangat, lagi cepat ain boleh start cerita taw. Hahaha

Stay tuned! So tak sabar jugak nak start cerita pasal next next semester. Thank you guys untuk luangkan masa korang kat blog ain. Sayang semua!


6 comments:

Unknown said...

please sambung cerita ain !! best la baca blog ain. happening ! and pengalaman ain berhadapan dengan seniorr. #supportmember

Anonymous said...

Eh menariknya! Pls sambung pls! Idolaa!

Zulaikha said...

Thank you for supporting!!! Hehe

Zulaikha said...

You too idola :) hehe

manggis jambu said...

the best a ain

Zulaikha said...

You too ;)