Assalamualaikum guys!
Apa kabau semua? Hehe, so harini ain nak share pasal pengalaman sepanjang mendaki GUNUNG LEDANG, JOHOR. Wuu, nampak hebat kan? Gunung Ledang kut, kalau tak silap ain gunung ke 6 atau 7 paling susah nak mendaki dalam Malaysia ni. Sebab Gunung Ledang ade check point KFC. Apa itu KFC? Hahahaha bukan ayam goreng atau cheezy wegdes okay. Nanti ain cerita satu persatu, huhu.
Niat nak daki sebenarnya nak support aktiviti club, pastu baru start semangat sebab ramai kawan yang join sama. Next memang ain suka flora tapi fauna agak takut jugak lah sep baik tak bertembung dengan snake hahahaha tak boleh dengan dia ni biar pun cuma gambar. Kehijauan semata lah dalam hutan ni, bunga boleh kira berapa kali jumpa.
Hehehehe nice!
 |
| Baru sampai kawasan Gunung Ledang! |
Serba sedikit info pasal
Gunung Ledang a.k.a Mount Ophir yang tingginya 1276 meter daripada paras laut okay guys. Memang mencabar untuk nak sampai puncak, tapi bila lagi nak cabar diri kan? Program hiking ni ain pergi bersama sama coursemates, so memang ramai 70 orang semua. Tak termasuk pokcik bas hahaha. Extra info, kitorang semua dapat ubat kencing tikus daripada pusat kesihatan Universiti sebelum pergi hiking ni, cegah dulu mana yang boleh cegah tak gittuwww.
Kos sepanjang hiking ialah RM99+RM10 per person. Hahahaha segalanya termasuk dorm, guide, makanan ah segalanya lah camtu. Agak berbaloi ah sebab timing kena kitorang semua dapat PTPTN kan! Pandai lah korang pilih waktu, hahahahaha.
 |
| Permandangan daripada atas puncak gittuw! |
16 Feb 2017 (KHAMIS)
So kami bertolak pukul 9 pagi daripada UNISZA, Terengganu terus ke Gunung Ledang, Johor. Berhenti rehat makan apa semua dalam pukul 5 petang kami sampai di Sagil, Johor. Lepastu settle untuk dorm apa semua, kitorang dapat katil locker then bersiap untuk buat aktiviti pertama kat sana! Mandi air terjun yang sejuk segar gila. Wuu, masih teringat kesejukkan dia tu. Tapi kami tak dapat nak mandi lama sebab kesuntukkan masa. Sampai sana pun ajak petang, mandi ade lah dalam 40 minit lepastu semua naik balik dorm masing masing untuk bersiap then get ready untuk aktiviti malamnya pula BBQ gittuw!
 |
| Bergambar dengan semua coursemates! |
 |
| Air terjun yang memang best gila! |
 |
| So sejuk so lucky! |
So next, kitorang berkumpul untuk BBQ dan sedikit aktiviti ala macam perkenalkan diri gittuw. Beberapa orang terlibat dengan bakar ayam dan persediaan makanan. Ain ah antaranya AJK makanan yang tak pernah lari dalam diriku, badan kecik tapi memang suka jadi AJK makanan sebab dapat makan dulu dan tak banyak sangat kerja hahahaha sorry rakan rakan yang lain.
 |
| Enak sekali ini ayam! |
17 Feb 2017 (JUMAAT)
Okay guys, bermulalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua. Haha kaki tak sabar nak hiking, eee tak pun sebenarnya.
Perasaan ain sendiri biase biase je tapi macam tertanya-tanya apa ade kat gunung tu, checkpoint ade apa je? Gittuw, sebabnya ain memang ade experience langsung hiking ni. Naik bukit pun tak pernah babe. Inikan gunung, GUNUNG LEDANG kut.
So checklist:
- chocolate bar
- headlamp
- air (botol besar)
- phone/kamera/gopro (of course)
- lunch pack
- raincoat (kalau hujan)
- gloves (ain tak guna pun)
- minyak panas (kejang kaki selalu berlaku)
- beg (atas keselesaan)
So tu lah benda yang penting bagi ain sendiri sebab kitorang naik sehari, tak bermalam langsung pun so okay lah bekalan tu. Uhuk banyak sangat 'so' hahahaha sorry. So pukul 5.00 pagi dah mandi siapkan apa yang patut. Sarapan jam 6.30 pagi, lepastu berkumpul untuk briefing pasal gunung ledang, cara cara mendaki gittuw, apa perlu kitorang buat kalau ade kecemasan dan checkpoint yang akan ade kat gunung ledang tu.
Ain mendaki jam 8.30 pagi kalau tak silap ataupun 8.00 pagi lepastu akan berhenti dekat setiap checkpoint. Masalahnya, belum sampai checkpoint lagi dah lembik berhenti tepi bagi laluan orang lain mendaki dulu. Barai babe nasib baik warming up serius pagi tu, kalau main main. Hmm tak sampai puncak lah jawabnya kaki dah tercabut hahahaha. So kat bawah ni antara gambar-gambar di setiap check point yang dapat ditangkap. Hehehehe enjoy!
 |
| Sebelum mendaki, ah sila bergambar! |
 |
| Ah sambil berehat tu, bergambar dulu! |
 |
| Antara checkpoint yang sempat bergambar gittuw! |
Act, gambar setiap checkpoint tu adalah sebahagian masa nak naik puncak. Masa nak turun memang tak ambik gambar dah csetiap checkpoint sebabnya dalam kepala otak just fikir "ah bila nak sampai" maklumlah kaki pun dah start sakit, otak dah fikir katil. Penat wey tapi sangat berbaloi. So korang mesti nak tengok keadaan atau cabaran sepanjang naik kawasan KFC kan?
Sebelum tempoh laluan KFC, ain kena lalu lebih 700 anak tangga! Hahahaha agak ah ya Allah struggle wey, 700 kut. Lepas sahaja tangga, ain kena daki dengan laluan macam alah tanah camtu. Langkah batu, pokok tombang, becak atau akar kayu yang besar besar. Ada yang mendaki ada yang menurun. Huhuhuhu lepastu mulalah bertangga, berbatu atau kena naik guna tali. Nampak lah sado kat situ sikit walaupun kurus.
Here we go! Hahaha so kitorang semua bertemu jodoh dengan laluan KFC so lucky! Ergh hahaha lucky sangat tapi tak mencabar lah kalau tak naik daki laluan KFC ni. Rezeki kami semua lah sengsara bersama hahahahaha. Ini adalah sebahagian gambar yang ain dapat ambik masa tengah daki, wey struggle is real kut. Sempat jugak keluarkan phone untuk ambik gambar saat sat gentir ni. Gittuw!
 |
| Ade lagi yang mencabar bila naik tangga ni, hampir 90 degree huhu |
 |
| Kadang kena mintak tolong kawan tolak baru leh naik, kaki pendek! |
 |
| Semua gigih, usaha usaha! |
 |
| Batu utama sepanjang laluan KFC! Alhamdulillah boleh daki dgn sendirinya! |
Itu lah antara cabaran-cabaran yang ain lalui sepanjang mendaki Gunung Ledang! Hebat bukan? Tak sangka jugak lah insan yang kecik tak cukup kilo ni agak lasak jugak lah mendaki Gunung Ledang. Cik Hazim is the best sebab beg dia macam poket doraemon, semua ada lah perfect! Masak maggi plus teh o panas lagi atas puncak. Gittuw!
Hehehe tapi tak akan naik puncak ain ni kalau takde bantuan daripada kata kata semangat kawan kawan sepejuangan, kaka (kawan ain) yang banyak bantu dan teman setia mendaki, guide dan cik hazim yang banyak bagi tips dan perbualan/gurauan mereka buat ain membebel atau bercerita jadi topik sepanjang pendakian. Serius rase sekejap dan tak terlalu penat.
So tips sekarang ni daki lah dengan orang yang banyak mulut. Tapi kena lah hati-hati sebab kita dalam hutan kan? So topik kena sesuai. Contohnya "berat ain berapa kilo?" hahahahaha okay tu je. So ni gambar atas puncak yang wow!!! Awan dan kabus je nampak hahahahaha tapi yang bestnya ialah sejuk!!! Best gila lah, ain just selalu sebut "wow, nyamannyaaaaaaaa!!!". Gittuw hahahaha.
 |
| Ain ft kaka teman setia thank youuuuuuuu! |
 |
| Atas puncak ft group tak tahu siapa. |
Memang pengalama yang ain takkan lupakan sepanjang hidup ain.
Thank you IDEC sebab buat event yang best camni, kalau tak memang ain tak mendaki punya. Sekadar main air terjun kat Sagil tu selalu lah jugak. Huhuhuhu next event tak tahu apa.
Tapi IDEC memang awesome! Jangka masa untuk ain sendiri mendaki ialah 6jam mendaki dan 4jam lebih kurang turun. Turun gunung agak laju dan laluan berbeza masa daki, so agak mudah sikit lah. Takde lah mudah mana, ade jugak tangga dan laluan berbatu kena guna tali semua tapi dalam fikiran tu
"ah nak sampai bawah secepatnya!"
 |
| Masa lunch atas puncak! Nasi ayam kicap sayur campur ft epal |
Alhamdulillah, ain memang tak berpisah langsung dengan kawan ain, kaka hahahaha so kitorang macam susah senang bersama.
Teman kencing, kasut tenggelam dalam selut. Hahaha kelakar lagi sepanjang naik dan turun mulut kitorang tak berhenti bercakap. Tolong lah amalkan, berbual lah sesama sendiri sebab boleh mebantu sangat sangat! Hahahaha.
So bersyukur jugak sebab sepanjang mendaki dan turun memang tak putus putus guide ade kawal bergerakkan kitorang. So takde lah sesat gittuw. Ain daki takde lah laju mana dan takde lah slow mana, banyak ain coba sendiri daripada mintak bantuan! Kecuali! Kaki ain pendek so memang tak boeh nak langkah batu batu besar, kena ade orang tarik daripada depan atau tolak daripada belakang.
Dan sepanjang berjalanan naik atau turun.
Guide selalu tipu "5minit lagi sampai" act memang jauh lagi nak sampai sebab nak bagi kitorang semua semangat terpaksa lah menipu. Takpe halalkan dah semuanya, hahahahaha. Dorang memang awesome! Dan banyak mulut, hahahaha.
Bertolak pulang ke Terengganu jam 10 malam tak silap, sampai jam 430 pagi. Alhamdulillah kitorang semua selamat walaupun ada beberapa kawan yang kejang kaki, terseliuh dan sebagainya. Tapi semua balik dengan perasaan wuu gembira dalam kesakitan camtu.
Kesan kaki ain sakit dalam masa seminggu weyyy seminggu! Selepas seminggu baru dapat jalan seperti biasa. Mungkin memang tak biasa mendaki dan hmm jalan pun kurang. Inikan pulak nak senam. Hahahaha
Ini semua pengalaman ye sangat indah!
So kalau orang tanya ain "nak hiking lagi?" Ain akan jawab "nak!!! tapi kena bawak abang sayang sekali" Hahahaha gurau je honeymoon sekali atas gunung. So korang yang ade rase nak hiking ah silalah pergi. Mulakan dulu dengan bukit bukit then yes daki lah gunung gunung yang ade kat Malaysia ni dulu.
Okay lah tu sahaja antara yang ain boleh ceritakan sepanjang pengalaman hiking ni. Ada lagi rasenya tapi itu je yang ain ingat hahahaha. So korang must try!!! Jangan lepaskan peluang. Tapi waspada lah hiking dengan cara yang betul.
Hati hati hutan bukan shopping mall. Hehe have fun!!! Terima kasih banyak pada kaka, Cik Hazim,Cik Zaim, Cik Ceni, Cik Baju Merah 1, Cik Baju Merah 2, Anip, Din, Nazmi, Penyu, Kimi, Kak Yati, Kak Fatin, Lina, Aime, Ciki, Acap, Eija, Tirah dan semua!!!
Thank you untuk luangkan masa korang yeay hehe.
4 comments:
interestingg gittew. cerita lah lagi ain
wah dah naik gunung ledang.. terbaik la
Thank you awak! Saya akan semangat untuk menulis next entry stay tuned
Hahaha alhamdulillah. Anda bila lagi
Post a Comment