Wednesday, March 1

DIPLOMA INDUSTRIAL DESIGN (part 2)

Assalamualaikum guys!

Okay tak entry sebelum ni? Hambar ke camne? Respon pls komen lah kat bawah so ain boleh improve apa yang kurang, kalau nak bash pun boleh kut. Hahaha takde lah jangan sampai tahap tu nanti terluka hati mak noks. Act, banyak benda ain nak cerita. Hahaha tak tahu kenapa kalau bab cerita bercerita ni memang ain suka. Lagi lagi bila orang tu fokus eye contact semua lagi semua benda ain akan cerita. Ops, takde sampai tahap aib orang lain pun ain nak cerita kat blog ni. Eh tak mungkin, ain akan cerita benda yang berkait dengan hidup ain je. Hahahaha

Semester 2 tahun pertama diploma. Here we go! Bermula dengan? Okay ini baru start pengenalan pasal IDE iaitu INDUSTRIAL DESIGN wah gittuw. Ramai orang tanya? "kau belajar apa je doh? lukis lukis kan pastu siap, best gila doh hidup kau!" wuuu meh sini cik ain nak story lebih detail pasal kos yang menarik ni. Tak boleh lah pandang rendah macam tu wey, semua kos bagi ain susah. Takde kos yang senang lah. Dan masing masing ade kelebihan masing masing. Kalau bagi ain kertas lepastu buat karangan bi memang ain hentam je sebab tu bukan kelebihan ain.

Singgah seni pertama kitorang, bangga gittuw!

Pertama hmm orang luar memang akan nampak budak kos IDE busuk, selekeh, mata bengkak sekilo. Tapi itulah dugaan dan cabaran kitorang, yeah. So kalau nak rumuskan tentang kos ni memang banyak lah. Tak semuanya lukisan, dan lukisan tu bukan sebatang pokok kelapa. Ye, IDE banyak clusternya antaranya product design, furniture design, packaging, transport dan macam macam lagi. Software pun kena hebat kalau tak, hmm tak boleh pergi jauh.

Ye tak semua ain hebat, yang hebat pun tak tahu apa. Hahaha, tapi itu lah gunanya kawan. Kita tolong apa yang kita boleh tolong, apa yang kita kurang kawan akan tolong ye insyaallah. Buat baik lah dengan semua orang. Itulah IDE, classmate akan jadik rapat seakan keluarga. Sebab siang malam bersama. Nak kata bilik tu tempat paling banyak habiskan masa memang dusta. Studio lah tempat yang ain banyak habiskan untuk siapkan semua assignment yang lecterur bagi. Haih, lecterur dulu pun student, so diorang buat benda yang sama diorang kena dulu, hahahaha.

Serius banyak nak cerita, hahahaha sila lah bersedia. Ain cerita semua pengalaman ain sendiri. Kalau ade terlebih kurang tu korang diam jelah. Hahaha, so sem 2 ain dapat first assignment kat first kelas. Dengan kerusi tak cukup sebab kitorang kongsi kelas dengan degree. Cik mirul! Hot wey dia ya Allah tapi ain agak kurang sikit lah sebab dia agak tegas hahaha why tegas? korang akan tahu kenapa. Jeng jeng jeng. Task kitorang kena buat cube, cylinder or whatever dengan menggunakan mounting board, gam uhu dan pisau. Otak blur tak kenal mounting board tu apa? Hahahaha

Upacara melempar kotak kotak ni!!!!
So, kalau korang tengok gamabar kat atas ni. Inilah situasi kitorang kena tunggu nama then cik mirul dan cik zaim akan nilai hasil kerja kitorang. Ain memang orang terakhir dalam senarai nama kelas, so lagi takut bila tengok kawan kawan punya kotak kena campak daripada tingkat 3 kut. Ain menggigil tak tahu nak cakap apa. Then ada sebahagian yang menanggis, ada yang marah marah yelah perasaan ni macam baru lagi bagi kami semua. Hahaha, dah lama lama baru paham kenapa lecturer buat macam tu. Ain sendiri geram sebab 2 korak ain kena campak kat bawah.

Cik mirul suruh kitorang belajar buat kerja dengan kemas, tepat dan padat. So kesimpulannya jangan buat kerja last minit. Jangan sesekali patah hati bila kerja yang kita buat tu kena kutuk, usaha lagi buat lagi sampai dapat pujian. So itulah IDE! kalau lecterur nak campak, dia kan campak dia tak akan fikr pun kos korang beli bahan projek tu berapa? Dia tak kisah pun korang buat muka! At the end, tengok lah result korang hahahahaha.

Cik Cha antara fav lecterur sebab dia agak dekat dengan student, agak mesra lah dalam erti kata yang lain. Untuk ain, dia macam abang yang selalu bergurau then bagi hikmat nasihat yang padu. Ain pernah sent whatapps kat dia cakap "buruk tak kerusi saya?" then dia balas dengan syarahan yang padu "awak tak boleh nilai art work awak dengan buruk atau tak. semua art work tak salah, kena ade element and principal untuk jelaskan art work awak" fuhhh lepastu terdiam ain. Hahahaha ain ingat sampai bila bila pesanan tu. Wuu

Inilah gambar ain sertakan masa tanya pendapat cik cha. 
Submit final project.
Selain mereka, ain ade subjek drawing bawah prof sani, hahahahaha siapa kenal dia mesti tahu dia macam mana kan? Tua tapi bertenaga wuu camtu sekali. Subjek dia kitorang banyak melukis product, furniture, transport dan pakaging tapi dia nak tengok benda tu real. Mana lah aku hebat bab ni. Hahaha

Hasil lukisan ku di akhir semester 2

Komen komen lu seposen
Banyak yang ain belajar masa sem 2 ni, yang paling tak boleh lupa. Ain menangis dalam kereta yana bersama sama kawan kawan yang lain, kalau korang bace entry sebelum ni. Korang tahu diorng siapa. Dulu ain banyak berhibur tapi bila masuk sem 2 ain kurang dengan diorang. Balik bilik cuma untuk mandi , tidur pun hujung minggu je atas katil tu kebanyakkannya lah. Jumpa memang susah dan tulah ain rase terkejut dengan kos ni. Selama ni aku tido sesuka hati aku je, ni dah tak dapat nikmat tidur menangis wey.

Then ain takkan berjaya siapkan semua assignment ain kalau takde kawan kawan yang sama bantu, lagi lagi classmate. Gigih kut bersama siang malam siapkan semua kerja. Lepastu senior pun sama! Diorang selalu tolong bila ain susah. Tak cukup tu je selalu hiburkan hati ain ni. Kalau kak aidah kak peah kak mok bace entry ain ni "thank you akak semua!!!" 

IDE best sebab takde halangan langsung nak rapat dengan senior junior tapi tu dulu. Sekarang ain tak rase benda tu sangat. Hahahaha, takpe asalkan kawan kawan ade masa susah dan senang. Itulah erti kawan! Hahaha, sem 2 pun ain banyak bersama eppa dan karimah. Susah sennag bersama rela naik motor bertiga untuk pergi studio. Hahaha tak termasuk lagi cerita kena tahan dengan pok guard uweh.


Kakaidah yang rela bagi sokongan walhal busy dengan projek dia sendiri.
Ye sem 2 best dan sakit pun banyak jugak. Homesick jangan ceria 2 bulan sekali baru balik Melaka, time tulah ain shopping makan seenaknya dan tidur sepuasnya. Hahaha kenangan semuanya sekarang ni sebab umur pun dah 21 tahun. Dulu zaman muda mudi extra berganda tenaga sekarang lagi bertenaga hahahaha okay start merapu.

Itu sahaja ain rase untuk entry sem 2 ni hahahaha ops result sem 2 ain just dapat 3.51 ops tipis je wey dekan tak dekan belakang kira asalkan ain puas hati dengan art work ain dengan usaha ayang ain buat masa sem 2. Wey tak lupa jugak duit yang dikeluarkan! Agak sesak sebab memang tak pinjam PTPTN masa diploma. Hahaha, duit takde menangis call mak ayah padahal semuanya dusta. Acah makan maggi padahal still makan nasi, ye ain memang nakal hahaha. 

Alhamdulillah sem 2 semuanya manis bagi ain, kalau pahtit pun sebab ain terkejut dengan environment baru kut. Dulu memang pahit buat kerja ynag banyak, bila dah siap prof komen kutuk kena buat semula yang baru. Tapi bila akhir semester dapat tengok result drawing yang ye boleh tahan okay lah kalau ikut tahap ain ni, act ramai lagi yang hebat. Tapi ain tetap nak puji diri ain sendiri hahahahah. Kadang effort penting, lagi banyak kita buat kerja. Hasilnya akn bertambah bagus. Percayalahhhh!!!

So stay tuned untuk next entry, thank you guys luangkan masa bersama zulaikhaain.blogspot!! Korang memang hebat lah gittuw.

7 comments:

Orkeed said...

Ainn Tk sbar nak baca entry yg seterusnya .bes jee..ain tknak cite ke mcm mana kena than pokguard unisza tuu hahahaa

Unknown said...

Hahahahahahhahahaha. Kipidap ain ! Agak2 bila nak habis smpi ke sem 6 ni? 🤔🤔 seronok baca blog ain ! Nanti update lagi ye

Unknown said...

Hahahahahahaha setuju. Part kena tahan pokguard unisza tu mmg cuak gile. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahaha mybe next entry kot mah oii. Hbis kan zaman diploma dlu.

Zulaikha said...

Ain dah siap tulis untuk "pok guard" tu stay tuned! Hahahaha

Zulaikha said...

Hahahaha thank you kaka yg tkpernah jemu.

manggis jambu said...

wehhh hahahahhaahhahahhahaah nakal betul makan pasal maggi tu hahaahahahahahahhaah so far bila baca dpt agak ah muka ain cmne hahaahahahah

Zulaikha said...

Muka main peranan besar uhuk :)