Saturday, March 4

DIPLOMA INDUSTRIAL DESIGN (part 3)

Assalamualaikum guys!!!

Amacam? Baik baik sahaja kan? Terima kasih banyak sebab setia di blog saya ni. Ye bukan ada apa sangat pun blog ni tapi ia sangat bermakna untuk ain hehehe. So jom sambung part 3 a.k.a sem 3 yang lebih banyak onak dan durinya. Here we go!

Alhamdulillah ain dapat sambutan agak baik daripada kawan kawan yang bace last entry ain, hahaha agak malu tapi terima kasih banyak sebab sudi guys! Sayang awak semua. Kadang ain fikir jugak bila duduk sorang sorang sambil termenung tu, sekarang bukan zaman "blog" hahaha tapi ain kisah apa. Nak bace ah sila, tak nak bace ah jalan. Maklumlah bagi ain sekarang bukan zaman membace bla bla bla sangat. Bagi ain lah.

So semester 3 bertambah tanggungjawab ain bersama assignment plus projek, ye dah ade projek tapi hado. Hahahaha agak ah sebab ain kena start masuk bengkel pada akhir semester. So kita cerita satu persatu deh! Untuk peringatan semua, ain akan share projek dan sketches ain so kalau hambar tu ketawekan ain dalam hati jelah. Yelah saya kan budak baru belajar!


Meja dan kerusi fav ain, hahahahaha
Okay start dengan pelajaran lu, ain ade kelas IDE 1 tu kelas projek hahaha ni lah permulaan bagi segala galanya. Prof sulik yang hebat mengajar kitorang apa itu design yang sebetulnya. Agak menakutkan sebab kena start buat produk tu sendiri kat bengkel dengan mesin yang peh besar berganda daripada ain dan sangat bahaya kalau tak berhati hati. Mahu hidung pun boleh hilang kalau cuai guna mesin hahahaha.

Best belajar dengan Prof Sulik sebab dia memang tak pernah kedekut ilmu, kedekut kertas mahupun alat tulis dia. Hahaha ain selalu lah meminta sedekah bila terdesak. Ain dengan kaka selalu usik prof sulik sebab perwatakkan dia yang kelakar dan yelah orang tua kan. Dia sangat happy go lucky so memang sangat ngam ah dengan ain!

Nak skor subjek dia memang susah, paling bagus pun result IDE 1 ni pun B+ tiga orang, awak tahu siapa awak kan? Hahaha so tahniah sebab atleast markah awak paling tinggi, mungkin kitorang semua tak sampai tahap apa yang prof nak kan. Takpe B+ pun kena bangga! Kitorang dapat task handtools untuk projek kalini, so memang banyak berguru dengan senior, mr google dan ye prof sulik sendiri ah yang banyak mengajar cara lukis, rendering, fungsi dan banyak lagi.


Coma tinggal kenangan, prof dah berhenti daripada mengajar kat UNISZA ni. Sedih!
Tech drawing lukis guna tangan je, berlagak tknak guna autocad.
Hahaha bila tengok semula hmm apa yang aku buat ni ya Allah, tapi takpe bagi ain kalau takde yang dulu enggak mungkin ada yang sekarang dong. Gittuw! So memang banyak ain belajar untuk first mini projek ni, siapa kawan siapa lawan. Terasa hati bila kawan ambik ideation kita. Macam macam lah kadang tak berani guna tools kat bengkel, mintak tolong dengan staf bengkel. Fuh memang mini projek, tapi nak tunggu sampai ke siap tu peh merana! Lupa nak bagitahu, ain buat baby bottle washer untuk projek IDE 1 ni hahahahaha.


Kenangan sangat semua ni, Alhamdulillah!
Baby bottle washer ft kawan tersayang!
Dan ingatkan semula, ain mintak maaf sebab kalini punya entry memang panjang. Yelah macam macam kut ain buat untuk habiskan satu semester ni so memang kena ambik masa satu satu untuk cerita. Hahahaha terima kasih untuk wechat jugak sebab daripada situ lah ain dapat throwback semula apa ain buat selama diploma niMUJUR jugak dulu rajin post gambar, kalau tak memang hilang sikit demi sedikit kenangan ni.

Subjek lain? Solidworks okay Dr pernafasan, lupa wey nama dia apa. Hahaha ya Allah serius lupa. Papehal pun dia best tapi sekarang tak mengajar lagi kat sini, pembantu awesome cik zaim. Hahaha so next cik cha still mengajar fundamental 2, macam macam kitorang buat. Rasa macam element and principal of art and design tu tertanam kat kepala otak ni.

Cik Addy pun mengajar subjek ergh belajar dengan dia chill dan sporting tapi kerjanya banyak dan wang kosnya agak tinggi. Kitorang belajar software jugak dalam subjek dia macam PS dan AI. Hahaha ain akan letak kat bawah gambar gambar art works tapi sikit jelah sebab ade gambar dah terbakar hahahaha, stay tuned!

Taxidermy, bettle untuk final project
Siapkan 5 keping kalau tak silap drawing sebesar kertas majong!
Okay tamat babe belajar, hahahaha masa kitorang sem 3 tu kitorang ade join sekaki lawatan industri dengan senior batch kak aidah. Kitorang pergi KL untuk lawat tempat tempat macam Royal Selangor Pewter dan macam macam lagi lah. Lepas mid sem kitorang pergi wuu masa tu kerja still banyak tapi alah chill chill lah jalan tetap jalan. Memang best, kenangan manis yang teramat lah katanya sebab cik cik muda still ade lagi masetu join sekali, so sangat muda mudi lawatan ni.

With kak aidah sayang!
Meriah sangat, kalau boleh nak undur masa. KALAU!
Kaka Iqa Ain
So next ain nak share oh ye ain memang pakai baju kalau datang studio malam tu agak sengal sikit. Memang pun sebab ain lebih selesa dengan seluar tidur, baju tidur muka sembab. Masing masing lah, sebab ain bukan jenis orang yang jaga pemakaian sangat biar apa orang nak kata asalkan ain selesa. Hahahaha bagi ain macam takde life je 24 hours nak kena cecantik. Malam feeling feeling sikit acah nak tidur padahal kena buat kerja so pakai lah seluar tidur. Bagi ain lah!

Lepastu kawan takde masalah sangat masa sem 3. Apa yang makan hati tu telan jelah kan. Hahaha kalau tak pun luah each other dengan orang yang percaya lah. OH YEAH! Ain baru teringat yang sem 3 adalah sem paling sedih bagi ain, ade masalah keluarga sikit so macam pelajaran memang terganggu sikit tapi ain ni manusia yang senang menghiburkan hati. So tolak ketepi masalah tu enjoy dengan kerja yang menimbun.


We all dapat baucer buku, memang best! Ain shopping habis mounting board.
IDE FAMILY DAY, fun gila!
Lebih kepada adik beradik, rindu semua ya Allah air liur basi korang semua.

Next , kenangan sem 3 ialah majlis anugerah dekan yang ain still ingat lagi semua kawan kawan datang meraikan kitorang padahal masetu busy print out kerja cik addy, assessment prof sulik tak lama lagi peh memang gempak sebab korang still join raikan kitorang. Tulah namanya kawan hahaha kita dapat nasi bungkus percuma kan malam tu, ingat lagi kan? Hahaha ain is so happy guys!

Muka tu semngat sikit boleh tak iman. hahahaha
So apa lagi ye? Sekejap fikir hahahaha rasenya dah cukup segalanya ain cerita untuk sem 3 ni. Memang kena kuat lah, kalau tak memang akan down. Call parents pun taknak sebab bukan lupakan diorang tapi tak boleh dengar suara diorang. Nanti nangis, itu memang ain lah. Tak boleh orang tanya "ain okay tak ni? makan cukup?" kalau betul kena timing tu ain stress tak cukup tidur homesick memang melilir air mata. Fuh hahahaha.

Result? Sem ni memang ain sangat down. Kerja banyak yang ain tak boleh buat dengan baiknya, dengan stress masalah yang menimpa, certain orang tahu pasal tu. Hahaha just dapat 3.10 peh memang menangis wey hahaha takpe ain dapat rasakan lah zaman kejatuhan. Memang berazam nak naikkan semula cgpa next next semester. Berjaya ke ain naikkan pointer? Kena stay tuned lah so baru boleh tahu. Mana aci cerita terus kat sini hahahahaha.

Alhamdulillah apa pun yang terjadi masa sem 3 ain terima je seadanya, walaupun hado. Hahahaha agak teruk lah jatuhnya pointer ain tu. Korang semua hebat hebat. Hahahaha ain redhoo. So terima kasih kerana setia, stay tuned untuk next entry. Terima kasih luangkan masa anda!


6 comments:

Unknown said...

Omg ain 😭😭😭😭 sem tiga banyak kenangan manis..... bila baca cerita ain ni, jd remain balik apa yg jd sblm ni. Omg rindu sgt3.. kaka tnggi next entry !! Best gila baca story ain. Gelak sorang2 pn ada. Hahahaha

Anonymous said...

Saya nak copy awak boleh saya pun nak tulis macam ni jugak saya nak jadi macam awak boleh boleh la boleh kan

Zulaikha said...

Thank you so much kaka!! Hahahaha

Zulaikha said...

Mana boleh. Kita kena ade pendirian sendiri, tapi kalau nak jugak ah sila. Have fun!

manggis jambu said...

ala i feel you ain result jatuh mmg sedih huargh

Zulaikha said...

Sangat sangat sedih kan, hah takde rezeki :(