Tuesday, March 21

DIPLOMA INDUSTRIAL DESIGN (part 5)

Assalamualaikum guys!!!

So korang buat apa je sekarang ni? Dah subscribe ke belum channel ain tak sendu tu? Hahaha 11 orang je yang setia, takpe faham. Hahaha saya buat suka suka je dan takpe pun takde view, sebab ain akan sentiasa upload dan update ah kisah apa aku orang nak apa pun. Acah "cupcake aisyah" ke apa. Life aku doh, hahahaha.

Sebelum mula cerita, ain nak cakap sikit yang ehem kita duduk diam salah, kita bising salah dah kalau kita berak tepi jalan lagi lah salah nak oi. So biar je orang nak bash ke, taknak support ke apa sebab kita tahu niat kita apa. Yang penting enjoy je life kita, sebab hmm hidup memang kena enjoy. Kalau tak hmm hidup korang sendu! Hahaha

Menunjuk dulu, soft pastel baru beli hahahaha

Menunjuk baru beli kasut vans pulak hahahahaha!!!
Itu je nak cakap so mari kita mulakan. Sem 5? Woo sangat menarik sebab 5 hari throwback pun tak habis kut cerita sebab bermulalah segala-galanya permulaan bagi ain yang baru nak kenal erti IDE. So sebelum tu ain nak mintak maaf kalau tak mention nama ke, nak cerita benda yang tepat ke. Salah waktu cerita ke, sebab dah setahun lepas punya cerita. So mungkin ade yang dah kabur daripada ingatan saya ni. Hehehe

Acah pegang gopro padahal fisheye, hahahahahaha
Sem 5? Ehem, ade IDE projek 2 bawah jagaan puan ama! Peh memang cool gila plus dia pregnant masa tu, so puan ama sangatlah humble sampai tahap stress tu takde lah sampai ke kepala. Kitorang buat mini projek je masetu dan projek tu kena ade kat pameran kat TTC masatu. Ya Allah ya ampun, i lupa lah nama pameran tu hahaha ape eh, Sorry sangat lupa. Tapi memang konsep masatu KAYU. Tajuk untuk mini projek ni pulak macam apa tah nama tapi yang boleh ain terangkan, kitorang kena guna "glass jar" dan "kayu". So macam produk dalam rumah, contoh lampu, kerusi, deco macam macam lah.

Masa ni lah ain belajar apa itu thumnails, ideation, develop ideation. Kena reject, bangga sebab orang lain proceed satu desgin, kita dapat proceed dua design walhal orang lain pun ade macam tu. Hahahaha macam mana eh nak kata, kita akan rasa bangga kalau lecterur kata "bagus" "keep it up".

Ayam penyek yang tak pernah jemu.
Kenangan merempit dengan semua huahuahua.
Stress dia masetu datang sebab kena submit sebelum mid sem kalau tak silap ain, takpun selepas mid sem yang macam kena proceed macam macam dalam mase terdekat. Kayu pun punggut yang terbuang je, ade kawan ain yang dapat kayu baru daripada pok ajis, tu pun sebab diorang perlukan kuantiti kayu yang banyak. Dan hahaha iols pun dapat gak kayu baru, peh ni nak cerita lebih lanjut.

Tolong lah, sebelum buat kerja yang walaupun ianya MINI, tapi refer lah orang yang lebih arif dalam hal yang sepatutnya. Projek ain masatu "T-case" dalam erti kata yang lain bekas tisu ah. Hahaha so ain punya banggang masatu boleh mintak kayu jelutong bhai. Ya Allah buat T-case yang boleh adjustable punya. Hahahaha nak guna mesin tak berani, so ain gunalah gergaji potong perlahan-lahan. Mintak tolong bidek potong kayu, tapi aime yang berjaya tolong.

Bukti buat kerja dekat studio kesayangan sang ain
Bertapa kat bilik sanding jangan cakap lah berapa hari buat benda yang sama nak dapatkan saiz yang sama dalam teknikal drawing. At the end, cik ceni tolong dan tanya "kenapa tak guna playwood?" Hahahaha masetu jugak cari bekas-bekas playwood yang projek lepas punya, then berlari untuk kejar kawan kawan yang ade yang hampir siap masatu.

Dan terima kasih banyak pada kak peah yang turun padang masatu tolong ain seharian kat bengkel. Kawan-kawan lain pandang lain macam je, takpe korang hahahaha ain paham perasaan di mana kita buat kerja sendiri then kawan lain dpaat siap awal atas bantuan orang lain. Effort diri sendiri tu penting, sorry sangat korang sebab masetu ain sangat terdesak kepala otak stuck tak tahu nak buat macam mana mini projek tu.

IDE NIGHT, untuk kali terakhir seronok bila diraikan.
Tema rock wey, stailo habis!!!
Hahahahaha maafkan saya, so bila petang tu ain sedar ramai sangat pandang serong dan kemudian ain tak ambik pun kak peah kat hostel sebab ain nak buat sendiri, perasaan bila orang buat balik kat kita peh kita leh rase kan? So ain buat keputusan untuk buat sendiri biar pun lambat. Sebab kak peah dah terangkan cara nak buat dan guna tools dalam bengkel. Thank you so mcuh akak, ain dah pandai guna gam hahaha handdrill dan banyak lagi lah. Berdikari!

Ain tengah buat mock up, T-case.

Sewaktu dibengkel bersama kesayangan sang ain.
Sempatlah posing kepala senget, T-case in progress
Cik Cha melawat kawasan bengkel, hehehehe
So alhamdulillah projek tu berjaya siapkan walaupun lewat sikit letak kat pameran tapi memang banyak benda yang ain belajar masatu. Ye, siapa kawan siapa lawan semestinya. Ade wey yang lepaskan diri sendiri lupakan kawan kawan yang tengah susah. Karimah tini!! Awak ingat tak kejadian business card? Hahaha okay abaikan cerita yang baik baik sahaja.

Adjustable tu penting hahahahahahahaha
Wuuu, fungsi okay argh rindu rindu

Finishing puan ama suruh spray putih, sorry tak kemas ira kayu still ade hahahaha last minute
Next? Subjek cik cha? Kitorang akan ingat sampai bila bila. FUTURISTIC AIRPORT hahahahaha berhantu sangat tajuk DIPLOMA PROJEK ni. Ya Allah walapun dah degree, konvo semua dah. Tapi kenangan yang lepas mesti kena ingat. Hahahaha jom imbas kembali. Cik cha adalah lecterur yang paling banyak mengajar batch ain since sem 2 lagi. So projek ide ni pun dia jaga dan kitorang sangat happy Dalam gurau senda dia, terselit nasihat dan sindiran. Hahahaha garang pun ade kadang-kadang, melalut merapu tu memang dia selalu buat lah.

Agak berat sem ni sebab ade subjek ni, hahahah pening kepala sebab selalunya presnt mesti ade sahaja yang tak kena. Korang nak dengar apa yang terjadik? Benda paling tak boleh lupa bila kena present about design statement questionnaire apa semua dekat dia. Ya Allah maki sumpah seranah semua kena"apa awak buat ni. SAMPAH! macam soalan budak budak!!" bukan ain kena lah tapi sebahagian budak kelas ain kena macam tu. Kitorang berkumpul daripda pagi sampai ke malam sebab selagi tak siap present, selagi tu takleh balik. Ain kan orang terakhir dalam senarai nama kelas, so mata cik cha dah mengantuk dan dia just skip je semua slide ain dan bagi conclusion apa ain patut buat next.

Dulu zaman hipster, hipster karat hahahahahahahaha
Kenangan selamanya, sayang sampai bila bila korang semua
Tapi bagi ain masatu, apa yang cik cha kata kat kawan kawan ain sebelum tu biar baik ataupun buruk. Ain simpan dalam hati, sebab ain pun rase kekurangan tu ade pada ain. So dont worry guys, kita semua sama. SAMPAH pada masetu. Hahahahaha ain yang nak tunggu turn ni daripada menggeletar jadik tertidur kat lantai sebab sangat lah lama. Nasib lah ayah bagi nama ZULAIKHA AIN. Hahaha takpe dah biase selalu dah jadik yang terakhir, harap saya jadik yang terakhir jugak dalam hidup awak. Ah cia cia cia. Patut jodoh lambat sampai, rupannya sesat kat hati awek lain. Ya Allah merapu.

Kejadian seterusnya, ehem cik cha... Terima kasih sebab banyak bagi nasihat dan sedikit pujian. Hahahaha ain suka sebab buat ain lagi semangat, kadang kadang daya saing tu pun membuak buat sebab "kenapa dorang boleh buat, aku tak boleh." dan kadang sampai satu tahap, hmm memang give up dan bersyukur tu je lah sehabis baik ain boleh buat. Kadang bukan tak usaha tapi yelah tu je yang mampu. Masing masing ade kelebihan sendiri dan ade jugak kawan ain yang semuanya hebat. Hahahaha hebat menipu, taklah gurau.

Cik cha banyak bantu ain, bantu cakap jelah yang lain kena usaha sendiri. Improve sketches, kadang puji rendering aku yang sendu tu. Kadang kutuk "apa kau buat ni" kadang bagi idea yang membuak buak sampai tahap takleh rekod guna kepla hotak. Kena guna bantuan phine untuk rakam segalanya.

Ain dapat reka "information board in airport". So untuk sem 5 banyak habiskan masa research yang aku copy paste je dan questionnaire pun buat ehem takde lah segigih kawan kawan lain yang sampai jejak KLIA. Ain coma buat survey kat mall je, orang yang in charge kat information counter pun nak tak nak je layan sebab hahahaha mungkin tak masuk dek akal, "ye cik, apa yang cik bayangkan akan terjadik pada reka bentuk papan maklumat pada 50 tahun akan datang?" lalala korang hadam lah sendiri. Gila tak gila tajuk iols, hahahahahahaha.

So ehem bila sampai tahap research semua orang sendu dan banyak pertolongan cik google yang baik dan kacak tu. Pastu dah lepas ke tahap sketches dan ideation semua berlumba lumba untuk siapkan 15 sketches dalam masa seminggu. Yeke? Atau 2 minggu lah macam tu. Tapi siapa je boleh keluarakan idea yang banyak dalam masa yang sama kerja lain pun banyak menunggu untuk disiapkan. Koranag tunggu lah nanti ain cerita pasal kerja cik amir tu pulak.

Just bangga jela sikit tu je hahahahahaha sampai searang rase bangga sikit sikit jeeee.
Apa benda yang aku lukis omg seminggu punya hasil hahaaha hancur
Lepas dah siap 15 sketches, kitorang tampal kat sekeliling dinding yang ade. Semua orang kena buat la, biarpun cukup tak cukup kena jugak buat. Alhamdulillah ain siap dan rendering semua ah pakej kemain aku masetu, marker soft pastel pen putih peh pakej ah. Ain bukan nak tunjuk hebat, tapi memang jiwa ain suka sketches ain meriah dan alhamdulillah dpaat siapkan dalam masa yang diberikan. Alah, google ade kan. Sebab hmm takde lah hebat mana pun idea tu just hentam jelah asal cukup 15 memang tak fikir banyak lah.

Then, masa assess tu wow ain flashback balik. Ramai jugak lah kepochi berdiri keliling meja ain masa tengak kena ayat ayat padu daripada cik cha. Hahahaha kalau tengok semula sketches tu ain memang guling ketawe lah. Alhamdulillah ain still bersyukur dalam tahap masetu dapat buat yang terbaik lah, habis baik. Act, perspektif takde langsung tunggang langgang. Sorry guys, kitorang tak berpeluang untuk belajar dengan betul padal sketching. Hahah harap faham lah eh.

Lepas 15 sketches, dia tambah lagi 10 sketches!! Dalam masa seminggu beserta 3 mock up tak silap ain. Wuhuu, bukan kerja dia je yang serabut. Subjek lain apa kurangnya, wey cik addy lagi. Kelas eletrik lagi ya ampun memang robot lah masetu. Berak dah cebok ke belum pun mungkin ade yang lupa. Hahahahaha maafkan saya kerana entry kalini memang sangat panjang sebab terlalu banyak benda menarik yang nak kongsi dan jadik kenangan manis untuk ain.

Ayu ke tak? Semangat dengan kebaya bagai
Anis hartini wak doyok yang setia hahahaha sayang lebih.
Final assessment sangat menguji diriku kerana, kitorang masa bengkaknya ya Allah ain masatu berkebaya siap lilit shawl untuk bersedia di assess dan sekali cancel. Rushing bersiap tu jangan cakap lah, balik rumah sewa. Pergi print muka hadapan port folio semua, binding sketches lagi. Memang studio lah tempat kami semua berkampuna. Yang ain tak boleh lupa, semua khusyuk buat kerja sampai tahap emosi terganggu kan, ade satu malam ain tertido. Tertido tengah buat kerja. Keadaan masatu bukan kepala kat meja taw. Kepala tegak sampai kawan kawan ingat ain tengah buat kerja. Hahahahahaha ya Allah kenangannya!!!

Gambar dengan iqa masa submit port folio dengan mock up
Acah je semua ni hahahahahahahahaha 
Alhamdullillah memang banyak naik turun ain masa nak siapkan semua tugasan yang diberi. Tapi kalau takde kawan kawan yang selalu ade masa ain perlukan. Kerja tak jalan jugak. Thank you imah sebab selalu ade untuk ain susah dan senang. Makan sesama, teman saya pergi toilet, pinjamkan duit kalau saya tengah kering. Tini yang selalu dengar rintihan batinku, layan pondan pondan yang sedang viral, movie yang kadang jadi bahan sebab bosan dengan kerja yang tak pernah habis. Hahaha iqa yang selalu ade masa ain takleh move on, kawan yang selalu luahkan "jom balik kampung!".

Kaka yang ade menghiburkan hati ain yang kadang emosi tak tentu pasal, menggila dengan produk produk jualannya, ronggeng dengan motor. Eija jiran belakang yang selalu mengingatkan kerja dan progress masing masing. Lina!!! Yang selalu kongsi perasaan, "korang hebat boleh lah" Ya Allah apa yang korang nampak hebat? Ain tak faham tapi kalau ade kelebihan kitorang tu. Kitorang bersyukur dan usaha kitorang jugak lah kunci segalanya. Kan lina?

Huhuhu eppa yang selalu tolong ain susah senang. Bab software nak buat logo yang memang i lembab thank you so much. Syera yang selalu kongsi makanannya, ya Allah sangat lembut orangnya kadang jadik tempat untuk ain luahkan perasaan. Amani yang tak pernah jemu buat ain gembira, buat kelakar yang sampai tahap ain rase hambar pun dia ketawe hahahaha saya rindu!!! Tirah yang selalu luah pasal ideation kadang perangai lecterur yang period tak tentu pasal hahahahaha jugak ciki yang menjadi teman movie jugak teman makanku oh kakakku yang selalu protect adikmu yang rendah ni.

Last day dengan cik cha, dia belanja mini cup cake.
Alhamdulillah semuanya bahagia yang indah indah ain ingat sekarang ni biarpun ade jugak yang gelap gelita bak kata orang hahahahahaha. So next? Ain cerita dulu kelas cik addy kuttt. Hahaha kalini kelas cik memang sangat humble. Paling best masa tu mood republik terengganu, ain dengan kawan kawan pergi mintak izin dengan cik untuk join mood republik, calaqisya datang UMT, UNISZA bagi shawl percuma, kupon. Hahahaha walhal masatu kelas cik dan ade kerja perlu disiapkan. Dan kitorang keluar daripada kelas lebih daripada masa yang cik bagi. Tapi lepas balik je semula kat kelas, cik tak marah langsung dan just suruh siapkan kerja. Budak laki lain geleng kepala je. Iqa dan sape ek tak ingat!!! Tayar motor sampai bocor siap peh hahaha kenangan lah tu semua.

Fav, sebab senang dan cute!!!

Final port folio kena submit subjek cik addy huhuhu
Seterusnya, cik amir cik nordin ah hahahahaha. Cik nordin lecturer yang sempoi duduk sekali buat kerja sama sama dengan kitorang, rapat dia dah macam classmate babe. Kau mampu ketawe sama sama dengan dia? Tengok janggut dia kau dah takut hahahahahahaha. So cik amir banyak mengajar mungkin sebab dia lebih expert kut. Takpe sapa sapa pun okay je yang mengajar dan asalkan masuk kepala otak dan tak keluar balik. Hahahaha sendu!!!

Class rhino ni wuu software yang paling ain senang anak faham setakat ni. Banyak yang ain belajar dan banyak ain amalkan daripada software sampai ke final. Harap semuanya tak hilang daripada ingatanku yang kerdil ni hahahahahahaha. Pastu kelasnya agak ehek stress wey sapa tak stress meh cakap kat aku. Haha, kelas kena datang punctual, kalau tak kena kunci takpun kena tanda lewat oleh cik nordin dan effect markah at the end of sem. Hahahaha

First assign yang ya ampun bangga dapat buat ikut tutorial hahahaha
Cik amir banyak songgeh lah tapi dia suka menganjing jugak takpe asalkan dia ajar kitorang ke jalan yang lurus. Hahaha sorry cik, cik hebat bukan? Cik amir banyak snagat ilmu so nak kelentong macam tak boleh sebab semuanya terpantol balik kat kita semula. Kerja kerja ynag dia bagi semuanya mantap mantap dan selalu tak tidur malam jugak buat kerja ni. Kadang bila kerja kita dah siap, kawan pulak tak siap dan mestilah kena tolong takan nak biar kawan stuck sampai menangis takleh buat ye dok. Hahahaha so sama sama lah tak tidur macam tu.

Sampai satu tahap, cik amir bukak lab sepanjang hari dan kitorang berkampung kat lab sepanjang hari tak mandi yang pasti kitorang makan dan solat hahahaha agak takde life tapi itulah ide. Pengorbanan dia lain macam daripada budak kos lain. Kalau yang sedang membace ni daripda kos lain, korang still hebat sebab korang ade cabaran sendiri. YEAH! So pastu kitorang agak lah macam cakap semua nya tak boleh buat bla bla bla tapi kerja still siap tepat pada masanya. Hebat bukan? Tapi hasilnya ade lah yang hebat dan ade jugak yang hambar.

Final iols punya yang alah biase biase je...hehehehe
Cik amir ni kalau kita angkat tangan baru dia layan, kalau korang kemut duk diam tapi takleh nak buat. Dia takkan datang dan tolong. Masatu lah semua orang akan angkat tangan! Meminta bantuan sebab buntu tak jumpa command yang cik ajar kat depan. Laju sangat dan pernah sekali tu hahahaha dia ajar macam kilat  then ain pusing belakang mintak bantuan cik nordin supaya sound cik amir untuk ulang balik apa yang dia ajar. Last last aku still takleh buat walaupun dah ulang berklai kali. Nak jugak cik datang depan mata, ajar sendiri. Gedik ke tidok. Final kena render interior deisgn, ah tak kisah lah dining room. Bilik tidur ke pape pun nanti ain share gamba okay. Ade lah pujian sikit daripada cik. Thank you walaupun sikit pujiannya.

Ah pusing pusing set kaera, omaigad tak ingat dah sekarang ni ya Allah hahahaha 3D MAX!!!
Selain rhino, kitorang belajar 3d max jugak last last semester. Agak payah dan ain macam argh taknak belajar buat benda ni boleh tak. Omg!! Hahahaha, final pulak kena buat video peh nasib baik lah ain buat. Kalau tak jadik macam kaka ngan tini hahahahaha takyah cite lah pasal dorang ni nakal sangat. Ain mood nak cuti membuak buak so memang nak siapkan kerja cepat dan balik rumah. Homesick tahap gaban, rindu nak kacau mak ayah lagi ah ya Allah.

Lagi? Kelas eletric and electronic rasenya. Hahahaha fizik masa sekolah main main ah ambik kau study balik masa u pun benggap tak kalah. Pastu kelas dia okay dengan cik shahrul yang tingtong layan perangai kitorang, final buat LITAR LED. Ain punya design ikan dan menyala jugak lepas banyak kali dipaterikan. Hahaha kenangan sebab buat benda tu sorang sebab pasang i masetu karimah mak dia sakit so takpe semua benda boleh handle.

Kemain kucing dan ikan hahahahahaha

Bersyukur sangat atas bantuan amani, menyala semua LED ku!!!
Itu je kut yang menarik sedikit sebanyak ain boleh share. Takde lah sedetails mana sebab boleh jadik buku wey kalau cerita semua benda. Ni pun dah cukup banyak dah ain kongsikan untuk korang, Hahahaha lek lu, ni baru cerita pasal apa ain belajar sem 5. Belum lagi kenangan ain dirumah sewa. Halangan nak ke kelas dalam keadaan banjir apa semua. Hahahaha stay tuned lah ye, menarik jangan lepaskan peluang anda semua.

Sem 5 sangat memantangkan ain selepas banyak kejadian yang tak best berlaku pada sem 4. Barang yangl lepas jangan anda kenang ah please move on hahahaha apa salah duduk duduk tu kenangkan sahaja then gelak kuat kuat. Hahahaha so kitorang kena keluar daripda hostel dan stay di rumah sewa, agak jauh daripada u. Dugaan dan halangan jangan cerita lah. Hahahaha rumah sewa pun dan macam mini zoo.

Teman imah dan iqa gunting rambut sebab....hahahaha
Muka dan maa yang sembab hahahahaha rindu

Kat mydin wey makan makan makan
Rumah sewa dalam 10minit baru sampai. Ain puas pujuk mak ayah abang kakak bagi ain peluang belikan motor dalam masa terdekat. Dalam 5k jugak duit abang plus mak ain keluar untuk belikan motor MY BABY JRA. Masetu jugak ambik lesen motor dan coma sampai tahap L je sampai sekarang. Banyak ain susahkan family, masetu dah lah kakju nak kawin. Memang banyak keluar duit. Kalau lah duit tu aku tak mintak mesti dah dapat kereta sekarang! Kah gurau sahajaaaaaa.

Lepastu duduk rumah sewa seramai, ain, imah, eppa, ciki, eija, lina, amani dan iqa. Dan banyak lah isu isu yang timbul masatu dan malas nak cerita. Hahahaha benda benda aib kita takyah cerita okay. Rumah tu banyak tragedi antaranya ialah, atap bocor, so syiling bocor jugak dan air hujan menitik sampai banjir satu bilik dan air tu mengalir sampai ke ruang tamu. Pastu kena serang dengan tikus dan ade lah beberapa ekor arwah tikud yang kitorang berjaya bersihkan. Tong sampah kitorang tak buang perap je sampai berulat. Hahaha ni memang salah kitorang kan. Diserang kutu! Lipas membiak selepas kitorang balik mid sem. Cacing merah dalam toilet dan banyak lagi.

Alhamdulillah still selamat dan takde gangguan daripada manusia. Hahaha pastu kalau ak kata pergi kelas dengan motor dan musim hujan memang macam macam lah yang jadik antaranya nak pergi kelas sebab ade test. On the way tu hujan turun dan makin lebat, kitorang 3 motor masatu sampai je unisza basah kuyup sampai tahap spender pun basah babe senang cite takyah tapis tapis hahahaha last last mintak tolong budak kelas sampaikan kat lecterur yang kitorang terkandas dek hujan dan alhamdulillah puan kasik buat test pada keesokkan harinya.

Semua pakat pakai shawl hahahaha shawl percuma

Semua lawa kemain bergaya hahaha

Kasik can lah melawa selalu berkerak je hahahaha
Seronok duduk rumah sewa berbanding hostel, pergi kelas awal pagi. Petang baru balik rumah sebelum sampai rumah singgah beli goreng pisang takpun kitorang pergi pasar malam shopping baru makan jemaah kat rumah. Kalau awal bulan semua kaya tekak melantak mcd kfc tak ingat dunia. Dah hujung bulan semua pakat miskin dan makan coma nasi bujang ayam takpun maggi. Kalau nak kira duit kitorang habiskan kat 7eleven dekat dengan rumah sewa tu. Hmm kaya disebabkan duit kitorang je. Beli roti kat 7e bukannya kedai runcit pokcik biase, demand kemain. Hahaha vitagen yogurt berapa botol habis ain beli. Kaya kaya kaya hujung bulan sempit kering .

Kitorang pernah basuh rumah sewa selepas je ade orang baiki atasp rumah tu. Jemaah basuk kerta dan motor motor hero kitorang. Kenangan semuanya, beli sarapan nasi lemak dan nasi minyak siap teh o ais sebab kebulur pagi pagi. Lepas makan sambung tido petang abru bangun then bersiap untuk makan then ke studio untuk buat kerja ataupun hmmm layan movie sampai puas untuk carik mood siapkan kerja. Biasenya kitorang buat masa hujung minggu, topup semula waktu waktu tidur yang sebelum tu.

Kadang balik tengah pagi, mak ayah siapa je yang tak risau. Lepas eija dapat kereta. Dia banyak tolong ain tompangkan sebab kalau hujan memang tak mampu i nak redah hujan dengan karimah. Viva yang comel pun boleh jadik alphard bhai. Hahahahaha takde benda yang mustahil kan? Nak atau tak nak je semua tu. Terima kasih kawan kawan untuk semua pertolongan yang korang bagi kat ain. Serius takde kata kata yang boleh ain bagi selain terima kasih sahabat. Sebab susah senang busuk wangi ain kornag bersama sampai habis diploma.

Bukti kitorang balik naik motor, kena pakai baju hujan plastik murah ni haha

Dalam sibuk siapkan kerja, kitorang masih berhibur hehehehe
Rumah sewa tak fully furnish so memang kawan yang lain bawak toto dan gunakan ruang tamu sebagai tempat tidur kami. Iqa yang tidur buas kena halau tidur kat katil dalam bilik utama rumah tersebut. So imah ain eija lina dan amani diruang tamu. Eppa dan ciki di bilik belakang. Toilet cuma 2 dan gilir gilir lah bangun siapkan diri untuk ke kelas. Orang yang selalu bangun awal ialah imah, awak memang terbaik boleh jadik bini solehah hahahahaha. Ain dan eija biasanya rakan tidur yang sangat akrab, hahahaha kitorang memang kuat tidur tak kurang jugak dengan yang lain.

Kerja ain dan kawan kawan memang banyak, korang boelh bayang kan dengan apa yang ain terangkan kat atas. Semuanya perlu ade hati yang kendal kalau nak terus tabah dalam kos ni. Muka nak lawa lawa memang jauh sekali tapi tetap cuci muka hahahaha. Kitorang macam ni lah senang cerita, kelas memang pergi sama sama makan tengahari kat kafe sesama. Tapi bila malam, ade kerja nal kena siapkan kat studi. Kitorang kadang pergi sama sama, akadang berasingan. Sebab?! Balik daripada kelas contoh pukul 6, mesti akan tidur lepas tu kadang pukul 11 baru bangun. Masatu jugak kejut kawan yang lain siapa nak mandi bersihkan diri then kalau nak join pergi studio buat kerja masetu jugak paksa diri bersiap dan ke unisza buat kerja.

Amoi celah ketiak ke camne hahahaha sayang tini wey
Kadang kena heret jugak kawan kawan kita ni paksa je jangan kasik muka dorang tidur. Kita nak sama sama berjaya kan? Tapi hmm ade je yang selfish tak kejut kawan pergi bodoh camtu je. Fikir positif, mungkin dia tak sanggup nak kejut kita bangun. Hahahahaha air liur basi sedap mengalir agaknya masetu, takpe lek lek jeee. Hahahaha biasa lah adat resam berkawan ni, alhamdullilah syukur sem 5 tak banyak pun ain kecik hati sebab itu ini. Kerja yang banyak buatkan ain busy so tak layan sangat perasaan remeh temeh. Walhal kadang luah jugak sesama sendiri, hahahaha.

Alhamdulillah banyak yang ain kongsikan untuk entry ni lengguh gak jari jemari adik manis ni hahaha sekarang pukul 1.25pagi hahaha takpe saya masih betenaga lalalalala menari lu. Hahahaha apa lagi nak share? Bab duit jangan cakap, mase ni memang tengah busy guna duit untuk itu ini. Kadang malu nak mintak kat mak ayah abang akak. Kadang nangis gak lah fikir nak makan sesedap tapi tak mampu sebab duit makan jadik duit untuk print kerja cik amir. Fuhhh, hahahahahaha makan nasik lauk ayam je wey RM3.50 air seya. Huhuhu kenangan sangat dengan mata bengkak kadang sarapan kat kedai kakla dengan tak mandi, tak gosok gigi, berbaju tidur. Kena menganjing pun kisah apa aku, perut aku lapar ni. Hahahahaha budak lain pukul 8 pagi segar berkasut baju iron, aku pakai seluar tidur kain pelikat lain warna hijau. Hahahahahahahaha

Alahamdulillah ain memang bersyukur sebab ain minat apa yang ain hadap dan hadam selama ni, biar pun gaya ain cerita kat korang agak banyak merunggut tapi tu semua memang apa yang ain rasa. Hahahaha kena caci kena maki kena ktuk lagi lagi cik amir yang dia je betul tu, orang ketawe lebih sikit pun tak boleh hahahaha kena bash je hah ain apa lagi lawan lah semula op op.

Bukti di 7 eleven kami nak duit kami hahahaha
Kemaruk 7e sebab nak kumpul sticker dan benda alah ni ya Allah
Alhamdulillah studio kitorang memang best masatu sebab dapat studio yang berkarpet merah gittuw. Selalu lah vcum, si kimi bawak daripada rumah. Smpai final vacum tu setia wey agaknya rumah dia ade 2 atau 3 vacum hahahahaha. Kaya! Tidur kat studio memang selalu sangat sebab selesa pun sama jugak. Bawak selimut bear bantal semualah. Kitorang tak takut datang studio atau tidur kat sana sebab ade penunggu setia. Hahahaha jangan fikir jauh sangat, BIDEK wey.

 Dia memang berubah sem5, duduk  studio taknak balik rumah sewa sebab takut kalau balik rumah sewa nanti dia tidur mati. Kat studio pun dia still tidur mampus jugak, tapi jamin sikit lah masa depan dia sebab ade orang tolong kejutkan dia untuk pergi kelas ke apa. Contoh, kelas pukul 8 kadang kitorang kejut dia supaya balik rumah mandi dan datang kelas. Smpai ke final, itulah yang bidek amalkan. Bagus dia ni sebab dia tahu dia susah nak bangun so korban kan tempat tidur untuk ke kelas.

Majilis anugerah dekan yang just meraikan orang je hahaha sedih.
Panjang babe i cerita entry kalini, seronok sangat jari jemari mak ni menaip hahahahahahaha. Ain rase tu je setakat ni, wuu padahal dah banyak dah yang ain ceritakan. Thank you korang kalau betul betul lah bace daripada first word sampai habis hahahahahaha. So please komen kat bawah please plase jangan ah hambar sendu sangat. Hahahaha lepas ni final diploma punya entry pun banyak jugak boleh share then habislah segalanya pasal diploma industrial design ain. Sedih tapi pengalam tu bersambung untuk perjalanan degree pulak. Alhamdulillah result pun seronok sem ni dapat 3.65 hehehe meningkat daripada sebelumnya huhu.

So thank you so much guys sebab luangkan masa, oh yeah kalau ade masa sila lah subscribe dan tengok video ain yang serba kekurangan ni hahahaha thank you :) love you :) https://www.youtube.com/channel/UCRAiWKiYOKZWEKAsidW_XzA

1 comment:

Orkeed said...

Panjangnyaa entry kali ni..hahaa..throwback betul semua ni hihikkk..btw ain sya ingat lagi psal bussiness card tu hmm goram elak..thankyouu jugak ainn hahaaa