Friday, February 2

Great Day Ever 180118

Assalamualaikum semuaaaaaaaa...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Terima Kasih Ya Allah!

Hahahaha mulakan dengan gelak tawa dulu, baru hati banyak senang. Okay hampir setahun tinggalkan blog ni, entry kalini cuma nak share sikit kegembiraan cuti semester 3 dan 'SAMBUTAN ULANG TAHUN' yang ke 22 tahun iols. Hahahaha takde lah gempak mana coma nak tinggalkan sikit ingatan tulus ikhlas untuk mengenang kenangan ni bila dah tua nanti. Kalau masih ingat lah kewujudan entry ni masa tua nanti.

Okay tak payah membebel panjang, setahun tak usik blog ni bukan apa. Busy, hahahaha alasan yang cliche mudah untuk semua orang faham. Yelah makin bertambah sem, makin sibuk lah dengan urusan duniyawi yang fana ini. So, takde maknanya lah iols nak bukak blogspot untuk menulis segala mak nenek yang berlaku sepanjang setahun lepas.

Memandangkan sem 4 baru seminggu bermula, ain ambik masa sikit untuk menaip sedikit kenangan cuti sem lepas huhu. Yelah sem ni baru mula kelas projek so faham jelah betapa busy nya saya nanti.
Hahahaha so cuti ain memang meriah best gila mantap kebabom dengan family yang ceria, kawan kawan yang memekak takde noktah langsung berhenti bercerita. So ayuh sama sama hahaha!!!

12 Januari 2018 (Honey Bunny)



Jumaat, kitorang habiskan masa dengan layan movie kat MBO, Elements Mall fuh layan ayat-ayat cinta babe. Satu panggung besar ade 5 orang je yang tonton, hahaha nampak lah kat situ sambutannya. Tapi takpe chill-chill je iols dengan ani masetu.

Lepastu makan spagetti kat jom coffee and then balik rumah sebab dah malam member kena kerja esok harinya. So hari pertama keluar selepas pulang ke rumah amat memberansangkan bagi iols. Gosip, kongsi masalah, pahit manis and of course about boys!!!

14 Januari 2018 (4A)

Okay geng ni keluar hari Ahad, sebab semua dah ade komitmen masing-masing kan. Ain je yang hmm kau ajak lah pukul berapa hari apa pun ain akan kosongkan jadual. Sanggup tolong mak masak dulu pagi-pagi semua tenang iols keluar bersuka ria nanti.


Geng 4A banyak habiskan masa makan kat cafe yang tip top sedap gila aglio oglio dia, memang ain akan datang lagi tapi! Kena bawak wang lebih sikit lah ye ke idok? Hahahaha harga mahal gak ah, student kalau baru dapat ptptn je mampu masuk. Hahahahaha.

Kitorang ke Mahkota Prade untuk menyambut hari jadi liyah tahun ni dan tahun lepas hahahahaha, postpone teroxxxx. Then, balik rumah masing-masing cik aini kita hantar siapa lagi kan? Before hantar liyah, sempat lagi gosip about BOYS!!! Hahahahaha shhh secret. Yerk yerk rasa nak muntah hijau kacang hijau hahahahahaha.




Okay 4A kita jumpa lagi bulan May, untuk majilis perkahwinan mira dan amin. Yeay happy for them akhirnya dah dapat tarikh yang sesuai untuk majlis dia orang. Meletops uols tak sabar sabar kita nak meraikan meraka. Tapi doakan jugak lah ain dapat balik, tarikh tu tak sesuai dengan jadual kelas ain. Dah nak dekat final babe, untuk kawan tersayang berkorban sikit lah kita ni hah daripada jauh.

Lupa nak cakap yang aini ade bagi advance hadiah, hehe thank you. Hargai sangat!

18 Januari 2018 (MY BIRTHDAY)

Okay great, hahahahaha ya Tohan ku udah 22 tahun hidup diduniyaMu!!! So ain akan share semua benda ni untuk diri ain sendiri. Korang kalau terbace ni hmm jangan muntah hijau pulak ye. Sebab plan awalnya nak share gambar je kat blog ni, tapi fuh mak jadik excited lah kalau flashback balik semua yang ain rasa masa birthday lepas. Acah anak sultan pulak aku kan, tapi yang indah perlulah diingat sampai bila-bila.

Best, hahahaha sempurna je rasa sebab semuanya indah. Biarpun iols period pain pada 180118. Sorry to say lah ain tak berlapik kat sini sebab nak kena ingat jugak kenangan ni. Ulang tahun ke 22 dan masetu jugak lah nak periodnya. Hahahaha open jelah eh.

Belum satar cerita lagi tapi dah berbunga bunga sebab teringat balik lah segala ucapan terindah. Doa yang baik baik semua daripda mereka yang tersayang. Ada jugak ah orang yang tak berapa jelas status call 4 jam sebab nak ucap selamat hari lahir, geli geli pulak kan. Kalau bace semula ni mesti anak tekak pun boleh terkeluar sebab tak tahan yerk geli. Konon sweet lah kut!!!

Okay pagi mak peluk, cium, ucap segala benda yang baik. Ayah menyanyi hahaha kena dera dengan anak selengge dia ni. So ramai jugak post gambar iols untuk wish birthday yang lepas. Hahahahaha perempuan lah of course ramai, bukan ade suami nak bagi kereta ke rumah sebijik. Hahahaha

Petang Rabu tu, Paan dengan Kemal datang kat rumah lepastu bawak keluar ke Dataran Pahlawan, yelah member kita si syera kerja part time so nak tunggu dia balik baru pergi makanyong tau foo yang disponsor oleh big boss paan. Hehehe sambut kat kedai warung pun dah bahagiakan ain.
Tak lupa jugak Kemal belanja sundae strawberry sebab hmm tulah semua wish ain tahu ain nak strawberry shortcake, so okay lah ganti ais krim.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Terima Kasih Ya Allah!

Ain tahu ain bukan siapa siapa, tapi ain bersyukur sebab Allah pinjamkan ain insan-insan yang baik sekeliling ain. Tak kisah lah family ke, kawan kawan ke, lecterur ke. Semua baik-baik, ain suka birthday ain sebab hahahaha ain tahu masetu ramai orang bagi perhatian kat ain. Doakan ain tu yang paling penting serius do hahahaha.

19 January 2018 (Honey Bunny)

Such a kind person, tengah bulan kut birthday ain. Tapi ani still jugak bawak keluar untuk hmm carikkan strawberry shortcake tapi tak jumpa, tapi takpe hahahaha sedih do buat orang macam ni. Ain bukan meminta minta, coma masa nak dekat birthday tu ain craving shortcake so why not ambik kesempatan hahaha kalau tak nanti orang belikan cheesecake. Ain tak suka hahahaha.




So dapat gak makan ala-ala shortcake tapi takde strawberry hahaha rang belanja so jangan banyak bunyi okay. Thank you ma bestfreng ever, terima kasih untuk semuanya. Love you bbg!!!!

20 January 2018 (Family Time)

Hahaha belum pape lagi dah suka, sebab ini adalah hari yang dinanti nantikan. Acara tahunan lah katanya. So excited gila, dengan ajwad pun boleh nak cemburu sebab dia dah dapat banyak perhatian daripada mak dan ayah, hahahaha eh mana boleh iols bongsu so siapa lagi berhak? Hahaha bergurau jelah lah mak ai mengutuk aku lettuwwwww.

Sebab kan nak a piece of absolute chocolate cake, Ain buat keputusan kitorang lunch je kat secret recipe. Mudah sebab nak kedai yang orang layankita baik, dengan si ajwad lagi huru hara, hmmm baik jelah duduk kat situ makan senang.



Lepastu kitorang ke The Shore, hehe best part ever lah kan sebab nak bodek charm kat Pandora, so i got one. Cantik gila hahahaha love teroxxx lah katakan. Berkilauan gittuw, nipis duit mak ayah. Apakan daya, setahun sekali birthday hahahahahahaha.

Oh ye, kakcik tak join lunch semua so kitorang datang rumah kakcik petang tu sebab dia ade buatkan muffin choc dengan choc chip cookies untuk birthday girl. Hahahaha amatlah sedap ya Tohaaaaan!!!

21 January 2018 (Secret)

Hahahahaha mula lah makcik makcik bawang kang ws cakap macam macam. Okay takde apa pun nak cakap coma ade kawan bawak makan jalan jalan adalah dalam 8 jam. Untung lah kalau korang tahu siapa kawan tu, ala nama pun kawan hahahaha. Dapat hadiah jugak hmm tulah rahsia!!! Just nak ingat je kebodohan aku masetu hahahaha k habis situ biar kenang sendiri je.

24 January 2018 (Apam Jagung Untouched)

Okay guess what? Kalau suprise tu memang terkejut lah kan? Memang dasar biawak hidup plan habis biasan selama seminggu tanpa aku dalam group tu. Okay thank you zati mengetuai group terpesong ni. Hahahahahaha!!!!


Plan memang nak keluar rabu tu then cancel sebab syera tak dapat cuti, great! Memang aku percaya tahu tak? Paan direct ws cakap suruh teman pergi bank sebab kitorang postpone keluar hari khamis. So ain okay jur, ala bukan buat pape pun kat rumah kan. Hahahahahaha


Nak dijadikkan cerita lepas sahaja paan settle urusan bank dia. Ain dengan paan pergi jusco sebab dia kata! Dia nak ambik kakak dia dekat ayer keroh sebab halfday kerja. Malu gak ah nak jumpa kakak dia kan, so takpe sebab dia ajak lunch lepas tu. Entah, kalau ain tahu memang ain make up lebih ah masetu, biasalah dorang nak ain nampak buruk pada hari kejadian ops!



Okay lepastu agaknya apam jagung lain tengah sibuk uruskan suprise, paan erek masa ajak pergi aeon mall dulu so habiskan mase tak tentu arah dalam daiso. Peh hahahahaha lepastu ikutkan ajelah tapi dalam hati sumpah nak balik hahahaha.




Sampai lah kat dataran ayer keroh tu daripada tepi jalan memang dah nampak orang susun belon, ain ketawa memang kuat dalam kereta sebab siapa do sambut birthday kat tepi jalan macam tu baru lepas hujan pulak tu hahahaha. At last lepas parking paan ajak keluar, nak cari kakak dia peh boleh lagi berlakon ek?

Jalan ke arah pondok tu lepastu takde orang pun rupanya apam jagung menyorok kat tepi pondok, yang kelakarnya....ain nampak bontot kemal!!! Hahahaha kelakar lah wey, hahaha tak muat korang besar sangat hahahahahaha so kat situ dorang mulakan acara pop pop meletop bergambar bagai.

Best!!! Terima kasih korang untuk semuanya :"(

Macam macam yang ada kat situ, antaranya!!! Tiramisu cake sebab diorang membebel cakap strawberry shortcake kau susah nak jumpa lah!!! Hahaha kitorang kalau bercakap memang beremosi macam berperang, ala dah mula rindu :'( Lepastu ada belon yang sangat banyak tengok sendiri dalam gambar pun tahu dah kan, usaha tiup guna udara perut sendiri tu amatlah dihargai hahaha. Zati bagi ain pakai topi birthday warna pink hahaha lepastu ada pizza hut , kfc dan for the first time ain sambut birthday ade bunga api atas cake!! Thank ypou nyanyikan 2 kali lagu untuk ain.

Terima kasih daripada ain, ikhlas cakap korang tak sambut besar besaran macam tu puntakpe. Ain bukan kutuk korang sambut kat tepi jalan coma saje je usik, faham plan korang sebenarnya tepi tasik kan? Tapi cuaca masa tu tak izinkan. Hujan dan lembap tanah hahahaha.



Terima kasih sekali lagi, sebab kalau kita dapat duduk semeja bergosip segala masalah pun ain dah cukup happy, sebab dengan korang ain tak simpan dalam hati. Korang kalau nak kutuk memang depan muka lepastu tak rasa apa dah. Terima kasih untuk ucapan dan doa, korang kawan terbaik duniya akhiratku.



Tak habis diritu, lepas makan, gosip bergambar sepuasnya. Kitorang layan korean movie kat Dataran Pahlawan. Ingat lagi pukul 10 hantar zati balik rumah, the sambung pulak ke Infasha aka mamak legend untuk minum dan bergosip, tulah apam jagung ni patut check in satu bilik hotel bajet and bercerita gosip daripada awal sampai akhir sepatutnya hahahaha.

Terima kasih sekali lagi guys, ain tak boleh nak balas semua pengorbanan korang amsetu, uasah tu ya Tohan gigih sangat sampai otw nak ambik kemal tu kereta urah rosak. Rasa bersalah sebab yelah nak raikan aku ni hah. Hahahaha korang memang great!!!

Kakaju cakap "alhamdulillah rezeki kau"
Ani cakap "ramai orang sayang ain"


26 January 2018 (hang out dengan mak jemah)

Kalini bukan celebrate birthday ain dah, tapi celebrate birthday mak jemah fina. Hahahahaha excident langgar divider kat tesco akan ku ingat sampai akhir hayatkuuuuuuuuu.... tq abang tesco!!!


Kitorang chill out makan kat mr dakgalbi, first time makan not bad okay lah ayam dia sedap. Lepastu sempat ambik gambar kat aeon mall. Okay starbuck tu ain takkan lupa sebab ain merenggek nak sangat starbuck yelah cuti iols nak habis masetu, lepaskan craving mana yang patut lah kan, ganu celah mana nak dapat. Sini ade teh peng manis gila so iols tak heran pun starbuck hahahaha.




Thank you mak jemah. Sebab tak pernah cover ketawe bila dengan iols, selalu nasihat. Kongsi pengalaman dan ilmu fu macam majlis perpisahan pulak. Jumpa lagi next cuti okay muah!!!

27 January 2018 (tak sedarkan diri)

Tu orang kata, tak sedar diri nak naik sem 4. Boleh lagi bodek kakju mak shopping last minit nak ambik mood untuk new semester. Okay kan ajwad? Sebab kita berdua berjaya bodek ibu and nenek kan ajwad? Hahahahaha

Malam tu ayah mak hantar ke mc untuk pulang ke ganu kito, hmm bukan nak cakap apa. I memang lah sedih anak ketuk dahi kat dinding tapi apakan daya tanggungjawab perlu diteruskan. Hahahaha

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Terima Kasih Ya Allah!

Alhamdulillah, terima kasih mereka yang bersungguh sungguh menghiburkan ku. Hahaha korang terbaik. Hahahahahahaha boleh ke nak lagi tahun depan best macam ni? Insyaallah buat baik dengan orang selalu, tak semestinya dengan wang ringgit. Masa yang kita bagi pun dah cukup untuk membuktikan kita ni hmm tulah taktahu nak sambung ayat apa dah.

Balik ganu hmmm wiyah classmate ain bagi keychain strawberry hahaha dengan choc cake leleh. Memandangkan naik cuti sem ain demam teroxxx, ain tak rasa lagi kek tu ada dalam peti hehe. Ain tak bagi pape pun untuk wiyah punya birthday, coma ain akan bantu wiyah kalau wiyah nak apa apa bantuan yang ain sendiri mampu bantu. Okay? Sayang wiyah muah

Didi, hmm kenapa baik sangat :"( didi pun classmate ain, bagi hadiah. Okay ain tak pernah lah ade tudung brand tu so ain sangatlah happy. Thank you didi, ain tak mampu nak balas dengan wang ringgit, coma datanglah kat ain kalau perlukan bantuan yang ain boleh bantu, okay? hehe sayang didi.



Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Terima Kasih Ya Allah!

So tulah serba sedikit, meriah semua kawan-kawan baikku. Just rindu sangat sangat dengan diorang, yelah dah start ade komitmen balik. So fokus untuk sem 4 pulak, nanti kita jumpa lagi cuti 3 bulan nanti pulak hahahaha tak sabar.

So tu jelah yang mampu ain kongsikan, hehehe terima kasihhhhhhhhh chuolssssss!!!!!!

Okay siapa kata entry tak boleh bersambung... Hahahahahaha sebab ain dapat another big surprise daripada stairway to heaven, serius sangat terkejutzzz!!! Okay meh ain cerita semula detik detik kegembiraan we all haritu.

3 Februari 2018 (stairway to heaven)

Okay bangun pagi macam biasalah mandi semua siap, roomate ajak bersiap makan kat kafe then pergi studio siapkan apa yang patut walaupun kitorang ceroboh masuk hahaha. Lepastu pergi kafe makan, lama jugaklah lepak makan dengan senior semua. Lepastu ciki ajak beli barang kat mydin, so ain nana dengan rio ke mydin dengan niat hati nak beli barang dapur and barang barang yang tak lengkap lagi. Hehehe



Otw ke mydin, nana dapat call daripada seseorang, tak tahu lah siapa kan. Tapi nana cakap eija yang call dia, ke sapik macam tu lah dia acah acah je sebenarnya. Lepastu sampai kat mydin, baru start nak cari barang tiba tiba nana peluk daripada belakang ajak lari sebab dia kata dia nampak kawan dia.

Hmm panjang sikit lah nak cerita sebab ain excited sangat hahaha, ain saje je nak pusing belakang sebab nak tahu sangat siapa kawan dia tu, bila pusing belakang. Deymmmm, nampak tini dengan sodek. Bengang gak ah sepatutnya petang sabtu tu ade gak plan nak tengok wayang dengan tini, bengang sebab dia boleh lak bertembung kat mydin. Lepastu ain nampak bayang eppa, peh lagi ah aku terkejut terus lari kat eppa peluk dia kuat kua. Eee gembira gila masetu!!!




Surprise korang paling menjadi, terima kasih kerana berkorban masa, wang dan tenaga untuk sahabatmu ini. Nana, terima kasih berlakon dalam kereta, terima kasih menjayakan plan mereka ini. Hehehehehe, terima kasih korang. I love youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!



So balik rumah sewa dulu sebab i pakai baju biasa, birthday girl kena lah letops!! Hahahaha lepastu kitorang solat zohor dulu sebelum pergi sushi king, makan semua. Sampai kat sushi king, kitorang dapat another big surprise. Kaka yang menipu kata dia dah start kerja kat kl datang surprise kitorang, semua terkejut. Lagi lagi eppa, siap menjerit kuat semua orang pandang hahahahaha. Indah... Sebab semua dapat berkumpul. Lepas eppa tinggalkan ain sorang sorang kat unisza, kitorang tak dapat lagi berkumpul berlima.

So, bukan sahaja sambutan hari jadi ain sahaja yang membuatkan ain happy...and of course benda utama adalah kitorang dapat berkumpul biarpun beberapa jam. Girls, kita kena berkumpul lagi bila semua orang dah kaya hahaahahaha soon please girls!!!





Eppa, terima kasih banyak untuk semua. Tini, terima kasih untuk serabut kepala fikirkan plan ni. Sodek, terima kasih sangat sangat. Kaka, mu oddo op? Hahahaha

Kitorang habiskan masa kat sushi king lepastu ambik gambar, takyah cerita lebih pasal ambik gambar tu sebab serabut gila hahaha angin kat ganu kuat sangat. Ambik gambar kat kampung cina pun boleh lah guys :)



Belon yang korang beli sangatlah cantik, strawberry shortcake takde pun takpe sebab kek yang korang belikan untuk ain sangatlah cantik dan sedap. Terima kasih korang sebab buat kejutan dan habiskan masa untuk kita semua berkumpul. Terima kasih!!!

Ain simpan belon tu sampai bila bila biarpun dia dah kecut hahahaha.....


10 Februari 2018 (gagak hitam ft syera)

Dah nak dekat sebulan birthday ain berlalu, hahahaha okay ini pun surprise. Ain tahu korang rancang lama dah raikan ain dan ciki. Nak raikan dua birthday girls bukan lah mudah kan, lagi pulak nak buat suprise. Hahaha



Terima kasih nana, eija dan syera sebab plan benda ni padahal kitorang memang nak melantak secret recipe pun kan, hahahaha terima kasih banyak again and again. Ain rasa surprise tu walaupun nampak dah daripada jauh syera bawak belon, sorry girls mata ain terlebih tajam hahaha so sorry jugak sebab terlalu jujur, patutnya ain acah tak nampak je masetu. Hahahaha salahkan cermin kat secret tu sebab pantulkan imej korang hahahaha.


Girls, korang paling dekat dengan ain. Korang tahu semua rahsia luar dalam setakat ni lah shh hahahaha so baby girls, i just love you guys. Terima kasih sebab ikhlas berkawan dengan daku ini. Maaf jugak kalau ain terlalu bising atau banyak lagi perangai burukku ini korang tak tahan. Maaf



Terma kasih sekali lagi, belon tu ain suka hahaha sorry ciki kena tukar belon, sebab stairway to heaven dah bagi belon hitam tu hehehe. Awak kan suka warna hitam kan kan kan. Hehehe love teroxxxxxxxxxxxxxxx!!!!!

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Terima Kasih Ya Allah!


Ain rasalah kan, setakat ini je kut surpise atau belon atau cake atau hadiah yang ain dapat untuk 22 tahun hahahahaha meriah alhamdulillah ya Allah syukur alhamdulillah. Terima kasih rakan-rakan, walaupun serangkap ucaapn hehe. Love teroxxx

Leave your comment down there!!! hehe


No comments: